Asas Sebelum Melabur

Sebelum cari untung, pastikan hidup anda tidak bocor.

Halaman ini bukan checklist pantas. Ini penjelasan kenapa urutan perkara kewangan itu penting. Pelaburan yang baik bermula jauh sebelum butang buy.

Kenapa dana kecemasan mesti dulu

Saham adalah untuk wang yang boleh dibiarkan bertahun-tahun. Dana kecemasan pula untuk waktu kerja hilang, kereta rosak, atau keluarga perlukan tunai cepat. Jika anda paksa saham jadi tabung kecemasan, anda akan menjual masa merah dan menukar turun naik sementara jadi kerugian sebenar.

Insurans: Term vs Whole vs ILP

Untuk majoriti orang biasa, term life + standalone medical biasanya lebih bersih dan murah berbanding ILP. Whole life dan ILP nampak kemas kerana “gabung simpanan”, tetapi kosnya sering kabur. Kalau agent keberatan tunjuk pecahan caj, itu sendiri satu petanda.

Takaful vs Conventional

Bezanya pada struktur dan prinsip. Untuk pengguna, fokus praktikal ialah manfaat, had, waiting period, co-insurance dan kemampuan premium. Pilih versi yang sepadan dengan prinsip serta bajet anda, tetapi jangan tangguh perlindungan semata-mata tunggu produk sempurna.

Medical Card + Critical Illness wajib dulu

Tujuan perlindungan bukan untuk “untung” tetapi supaya anda tidak paksa jual portfolio pada waktu paling buruk. Satu diagnosis besar boleh memusnahkan 10 tahun disiplin simpan jika anda bergantung hanya kepada tunai sendiri.

Hutang 18% akan makan pelaburan 8%

Kad kredit 18% compounding menewaskan hampir semua pulangan pasaran yang realistik. Jika bank sedang cas anda 18%, memburu 8% return sambil simpan hutang itu ibarat cuba isi baldi yang berlubang di bawah.

18% vs 8%

Matematik ini lebih kuat daripada motivasi.

Hutang kad kredit RM10,000 pada 18%RM 22,878
Pelaburan RM10,000 pada 8%RM 14,693

Jika anda sedang bayar 18% faedah, “untung” 8% di pasaran tidak menyelesaikan masalah sebenar. Prioriti pertama ialah tutup lubang paling mahal dulu.

Contoh harga perlindungan

RM100k coverage: term, whole, atau ILP?

Anggaran bulananApa anda beliPerkara yang selalu disorok
ILPSekitar RM120-RM250Perlindungan + unit pelaburan dalam satu polisi.Caj awal, caj insurans dan nilai tunai boleh kabur jika ejen tidak tunjuk pecahan penuh.
Term LifeSekitar RM25-RM45Perlindungan tulen untuk tempoh tertentu.Tiada nilai tunai. Fokusnya perlindungan, bukan simpanan.
Whole LifeSekitar RM90-RM180Perlindungan + komponen nilai tunai jangka panjang.Premium lebih tinggi dan pulangan komponen simpanan jarang sejelas produk pelaburan berasingan.

Nota: Anggaran ini ialah ilustrasi kasar untuk tunjuk arah harga, bukan quotation insurer. Harga sebenar berubah ikut umur, jantina, status merokok, rider dan underwriting.